-->

Search This Blog

Sunday 25 December 2011



اللهم صل وسلم وبارك على سيد المرسلين محمد النبي الكرام خاتم الأنبياء عليهم الصلاة والسلام....وبعد
ِAlhamdulillah, syukur yang tak terhingga kepada Allah SWT kerana masih memberikanKu peluang untuk kembali meng'update' blog ni...Terima kasih ya Allah.

Hari ni, 25/12/2011, baru ja sampai ke rumah dari Seremban. Perjalanan yang agak memenatkan. Tidur sepanjang perjalanan.hehe...mengantuk sangat2..asyik tidur lewat ja akhir2 ni..banyak sngat kerja yang kena buat.Tp Alhamdulillah, masih lagi mampu selesaikannya dengan sempurna walaupun di penghujung masa 'due date'>>>Hehe...

Semalam adalah kelas terakhir sebelum bermulanya STUDY WEEK...jadi, lepas ni xda dah kelas, kuliah atau tutorial...
"Ukhwah"????

Itulah yang sedang bermain dalam fikiran sekarang...macam mana la agaknya ukhwah kita lepas ni ya Sahabat2...
"Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah...."


7 Cara berSahabat Kerana Allah :


1.Memberitahu temannya bahawa dia kasih dan suka kepadanya
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Jika seseorang kasih kepada seseorang makan hendaklah dia memberitahu temannya'
(HR Abu Daud)

2.Apabila berpisah dengan seseorang maka hendaklah dia mendoakan sahabatnya tanpa pengetahuannya.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Setiap hamba muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dengan berkata engkau juga akan mendapat seumpamanya'
(HR Muslim)

3.Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa sahabatnya.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit pun , sekalipun   dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria'
(HR Muslim)

4.Segera bersalaman ketika bertemu dengan temannya.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Setiap dua orang Islam yang berjumpa dan bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah'
(HR Abu Daud)

5.Amalan ziarah-menziarahi.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Hendaklah kamu menziarahi sesekali nescaya akan menambas kasih sayang antara kamu'

6.Memberi Hadiah.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Hendaklah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan berkasih sayang'
(HR Thabrani)

7.Membantu sahabat-sahabatnya dalam kesusahan.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama 2 bulan'
(HR Hakim)
 Keheningan pagi
Baiti Jannati
Yan,Kedah.



Saturday 10 December 2011

Berfikir Sejenak!!!

Bismillahirrahmanirrahim...Segala pujian hanya bagi Allah...Moga2 diampunkan segala dosa2 yang telah lalu dan yang mendatang, sekiranya ada.

Lama jugak rasanya tidak memasukkan entri baru dalam blog ni..Maklum la sibuk sngat2 dengan kerja2 yang bertimbun..Subhanallah, ini rupanya apabila berada di alam Universiti..Banyak sangat kerja yang harus disiapkan.Tetapi walau sebanyak mana pun, diri ini harus berusaha menyelesaikan semuanya dengan ikhlas Lillahita'ala...INSYAALLAH!!!

Sebentar tadi, keluar dengan kawan ke TESCO, beli barang sikit.Apabila dalam perjalanan pulang, terpandang bulan yang sungguh Indah sekali.Subhanallah!!!Terus bertasbih memuji kebesaran serta keagungan ALLAH, tuhan sekalian alam.Indahnya Bulan apabila gerhan muncul...Tidak dapat untuk digambarkan dengan kata2..Hanya tuhan yang tahu betapa kagumnya diri ini dengan kebesaranNya..Allah2....

Dalam masa yang sama juga, terfikir dalam hati, apakah segala keindahan Alam ini masih tidak cukup bagi kita sebagai bukti keesaan dan kekuasaan Allah Ta'ala????Bukankah seharusnya kita merenung segala ciptaanNya, berfikir, bertadabbur, menghayati segala kesempurnaan serta keindahannya yang tidak dpat digambarkan dengan kata2...???Subhanallah....

Gelap sangatkah hati kita sehingga tidak mahu untuk menghayati segala keindahan ciptaanNya???Astaghfirullah...Ampunkan kami ya Allah...Hanya kepada engakulah kami memohon keampunan..sesungguhnya gerhana bulan malam ini adalah salah satu bukti kekuasaanMu yang tidak dapat disangkal...


Wednesday 30 November 2011

HijrahKah Diri Ini????

اللهم صل وسلم على سيدنا محمد خاتم الأنبياء عليهم الصلاة والسلام.....الحمد لله

Segala puja dan puji kepada Allah,tuhan yang telah menciptakan kita semua untuk 1 tujuan yang suci iaitu hanya sanya, beribadah kepadaNya dengan sebenar2 ibadah...Insyaallah..Hari ni, tanggal 5 Muharram 1433, bermakna sudah 4 hari awal muharram meninggalkan kita semua...Justeru, apakah azam untuk "Ma'al Hijrah" kita tahun ni????Subhanallah!!!!

Apakah azam kita semua termasuk penulis yang lemah ini juga akan tercapai?


Nabi s.a.w. bersabda, "Orang yang sempurna Islamnya ialah orang yang kaum muslimin terselamat dari gangguan lisan dan tangannya dan orang yang berhijrah sebenarnya ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah". (HR Bukhari no 6484) 

Benar sabda nabi S.A.W, orang yang berhijrah sebenarnya adalah orang yang MENINGGALKAN APA YANG DILARANG OLEH ALLAH S.W.T>>>Jadi, apakah kita telah meninggalkan semua larangan Allah kepada kita....atau mungkin kita belum bersedia lagi untuk berhijrah??? Allah Allah Allah......

Semoga diri ini mampu berhijrah demi mengharapkan keredhoanMu ya Allah, tuhanku yang maha menerima taubat hamba2Nya yang berdosa...Sesungguhnya Allah telah berfirman : 

وَهُوَ الَّذِي يَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِ وَيَعْفُو عَنِ السَّيِّئَاتِ وَيَعْلَمُ مَا تَفْعَلُونَ



"Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan" (Asy-Syuraa 42:25)
10.35 a.m
Keheningan Pagi
Bait Tullab USIM
* T/F : Semoga Ma'al Hijrah kali ini membawa seribu makna buat diriKU,InsyaAllah


Tuesday 22 November 2011

Kenangan Bersama Teman

Bismillahirrahmanirrahim.......Alhamdulillah,malm ni sempat lagi celoteh kat blog ni...Cuma nak mencatit sikit kenangan bersama teman2 di Putrajaya atas sebab shooting video maker untuk iklan pelancongan bahasa Arab..Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar walaupun tak sesempurna apa yang telah dirancang...kita sedar bahawa segala kesempunaan hanyalah bagi Allah Rabbul 'Alamin....Subhanallah!!! Di bawah ni ada sikit gambar2 kenangan bersama kru2 merangkap teman2 sekelasKu......

Ha....gambar ni diambil di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai "Masjid Besi"....Ni adalah sebahagian daripada teman2..yang lain entah la pergi mana...xdapat dikesan..haha....:)

Ermmm,ni pula gambar penulis dengan teman sekelas dari Kelantan...Gambar ni diambil dkt Alamanda,Putrajaya....Cantik tak???haha

Hehe...yang ni pulak masa kitorang shooting kt Taman Botani..memang sngat sesuai la kalau nk shooting kt tmpat ni sbb macam2 benda menarik ada d sini tambah2 lg a various of flowers...So, bagi sesapa yg xpenah dtg tmpat ni....Please visit there! pasti x menyesal...hehe..

Itulah antara kenangan2 bersama teman2 tercinta...Sebenarnya ada bnyak lg gambar2 menarik tetapi dsebabkan xlarat nk upload bnyak2, jd setakat tu ja la...hehe...Semoga ukhwah fillah yang dibina kekal hingga akhir hayat, hingga ke syurga...Aminnnn!!!!

INSYAALLAH!!!!!



Wednesday 16 November 2011

Di keheningan malam, masa yang terbaik bagi hamba untuk bermuhasabah, memperingati diri sendiri tentang segala amalan yang telah dilakukan semenjak hidu di atas dunia yang fana ini. Apabila mengingatkan yang demikian itu, penulis mengucap panjang...mohon diampunkan Allah atas segala dosa yang telah terlanjur dilakukan di atas dunia ini...

أستغفر الله......... يا الله

Alhamdulillah, sedang dalam proses menyiapkan tugasan Fiq & Fatwa untuk presentation esok..Moga2 segalanya berjalan lancar..InsyaAllah..Bantulah hambaMu ini ya Allah!

رب يسر ولا تعسر رب تمم بالخير!!!ا


Syukur kepada tuhan sekalian alam.Hari ni sempat lagi la men'update' blog ni..Semalam xsempat nak update sebab terlalu letih kerana baru ja sampai Nilai, penat sangat dek kerana perjalanan yang memakan masa yang agak lama.Dan hari ni Alhamdulillah,masih diberi Allah kesempatan.Semoga kesempatan yang ada ni dapat memberi manfaat kepada diri penulis dan kepada semua.

Sekitar perjalanan balik ke Nilai,agak membosankan.Tetapi banyak jugak la dapat ilmu2 yang dipelajari dari alam yang serba indah ini.Bak kata org putih, 'Learn From Nature'...sure we will benefit a very useful.Insyaallah..Macam2 la yang telah penulis pelajari semasa dalam perjalanan balik ke Jami'ah, baik dari segi gaya hidup,cara pemakaian,komunikasi,serta ukhwah persahabatan.MasyaAllah...

Subhanallah,setibanya di hostel,dihujani dengan pelbagai assignment yang agak memberatkan fikiran.Tapi cepat2 penulis sedar,kita sebagai pelajar,penuntut, harus bertanggungjawab memikul amanah yang diberi Allah kepada kita.Mujur ada teman2 yang xkedekut ilmu dalam memberi tunjuk ajar tentang mana2 yang xtahu.Terima kasih teman2.Doaku sentiasa mengiringi kalian semua.Ini adalah salah satu daripada nikmat Allah kepada kita.Mungkin xsemua yang dapat nikmat ni.Alhamdulillah,syukur sekali lagi.Terima kasih Ya Allah.

Harap2 selepas seminggu bercuti ni, segalanya akan lebih menyeronokkan pada hari2 mendatang,InsyaAlah....

p/s : xtaw dh apa nak ditulis..:-)

Sunday 13 November 2011

محاسبة النفس


بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم.

     Alhamdulillah,msih kiranya diberi nikmat kesempatan فرصة yang amat bernilai serta bermakna untuk mencoret sedikit pengalaman hidup yg penuh berliku dan beranjau.Hari ni tanggal 13/11/2011,bersamaan 17 ذوالحجة 1432.Ini bermakna hari raya ‘IdulAdha baru sja meninggalkan kita.Entah sempat lg atau x untuk bertemu 10 Zulhijjah yang akan datang.Astaghfirullah,betapa singkatnya perjalanan hidup manusia diatas muka bumi Allah yang penuh dengan pelbagai متاع (perhiasan) dunia yg fana ini.Sesungguhnya ‘Iduladha telah banyak memberi pengalaman yang amat bermakna dalam hidupKu serta keinsafan yang memenuhi ruang hati yang gelap dengan maksiat yang semakin bertambah kepadaNya…

أستغفر الله وأتوب اليك يا الله.....

     Entah kenapa selalu ja rasa xtenteram sjak akhir2 ni..Hmmm,bila teringat exam yang semakin hampir membuatkan diri ‘kalut’ seketika…MasyaAllah!banyak lagi madah yang belum habis difahami sepenuhnya..macam mna la nk jawab exam kalau xfaham madah2 tersebut..Ya Allah,bantulah hambaMu yg lemah ni….Hati xtenteram,xtenteram,xtenteram…Ya,teringat kata-kata ulama’ warasatul anbiya’:

     " Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun (beribadat) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah (beribadat) di sepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh."(Ibrahim Al-Khawwas)

     InsyaAllah,akanKu ikut walaupun xsemuanya..Semoga hati ini terbuka untuk menerima segala ilmuMu ya Allah.Janganlah kiranya Kau pesongkan hati ini…Ameen!


قال الله تعالى :
ان الله لا يغير ما بقوم حتى يغيروا ما بأنفسهم....
(صدق الله العظيم)

Thursday 20 October 2011

HariKu

Alhamdulillah...assignment BI dh hntar..lpas ni assignment Fiqh & Fatwa pulak nk kna hntar...Hrap2 xbnyak salah la...Mungkin kna buat smula.Tp xapa la,harus blajar dari kesilapan..baru la segala2nya menjadi pengajaran yang memberi manfaat kepada kita.InsyaAllah...Segala yang baik tu datangnya dari Allah,dan segala yang buruk itu adalah daripada kelemahan diri kita sendiri sebagai hambaNya,tapi hakikat sebenarnya juga dari Allah, tuhan sekalian alam...

Monday 17 October 2011

Hari2ku


     Alhamdulillah...hari2 berlalu pastinya dpenuhi dengan liku2 ranjau kehidupan yg penuh dngan cabaran yang menguji keimanan sebagai hambanya yg bertunjangkan keimanan yang hakiki dengan sebaik2 ad-din yaitu ISLAM..semoga terus kukuh berdiri tegak berpaksikan Allah dan Nabinya sebagai kepercayaan yg jitu demi mencari Mardhatillah Azzawajalla..Insyaallah.
     Memang telah menjadi lumrah hidup atas dunia ini yg dpenuhi dengan jutaan perasaan samada gembira,sedih,happy,ketawa,menangis,muram,ceria dan selainnya....Seperti kata2 pujangga..."Dunia itu adalah ladang (bercucuk tanam) akhirat..oleh itu,usahalah semampu dan sehabis daya demi mencapai apa yang dicita2kan iaitu SYURGA ALLAH,Subhanallah...
     Apakah diri ini layak untuk ke syurgaNya???Memang xdapat dnafikan bahawa diri ini juga xsanggup langsung barang sebentar ke NERAKA JAHANNAM...Na'uzubillah!!!




Tuesday 4 October 2011

Curahan Hati

     Alhamdulillah...masih ada kesempatan untuk penulis mencoret sedikit pengalaman hidup..hehe..Astaghfirullah,masa yang ada ni terbuang begitu saja tanda ada sekelumit penyesalan pon..hmm,ampunkan daku Ya Allah...Ari ni kelas pagi xada,jadi boring la xtw nk watpa..Daripada buang masa begitu saja, ada baiknya menaip sedikit wacana untuk update blog ni..rasanya dah lama x update blog ni..maklum la..kekangan masa yg tidak mengizinkan..hehe..
Tiba2 teringat kata2 seorang muslimah penulis,...


"anta dapat trima sbb anta paham alhamdulillah..

  • tp bg mreka yg x paham ALALhuakbar...
  • hurm..
  • x pe lah mge ALLAH mrahmati kte smua..
  • amin2..
  • yg pnting jaga solat jemaah kalian krana d c 2 jua ada rasa hormatku pada kalian as syabab"...INSYAALLAH!!!!

    Tersentuh hati mendengarnya...InsyaAllah..moga2 semua muslimah sepertinya..Terima kasih wahai muslimah...

Tuesday 13 September 2011

Celoteh

Bismillah...Alhamdlillah dpnjatkan setinggi kesyukuran kepada Allah,tuhan Rabbul 'Alamin, kerana atas kurniaanNya,diri ini masih dapat menyedut udara segar d atas Ardul Khadra' Nya yg tlah dciptakan untuk makhlukNya...Hari ni,x da pa2 yg nk dckap sngat..cma nk mengingati tentang hakikat makhluk yg bernama MANUSIA.
Firman Allah dalam surah Abasa:
"(Apakah dia tidak memikirkan ) daripada apakah dia telah diciptakan?"

Daripada ayat di atas, Allah telah menyuruh kita(HambaNya) supaya berfikir tentang hakikat kejadian mereka...Ini kerana dengan berfikir demikian, seseorang manusia itu tidak akan menjadi seorang yg lupa diri,sombong,berlagak di atas  muka bumiNya...
Perlu diingat juga,manusia itu berasal daripada tanah dan kepada tanah jua lah mereka akan dikembalikan..Oleh itu mengapa harus kita bersifat sombong dan meninggi diri???
Oleh itu,marilah kita berfikir dan bermuhasabah sejenak tentang ke mana hala tuju sebenar diri kita sebagai hambaNya...Wallahua'alam~Fahmi Bakri~

Friday 26 August 2011

Celoteh

Bismillah..rasanya dah lama xmerapu dalam blog ni..hehe.maklum la,semakin hari semakin sibuk..tambah2 dh dekat nak raya.erm,alhmdlillah..trnyata semakin cepat dan pantas masa berlalu.sdar xsedar sudah hari ke 25 ramadhan.bermakna lagi 5 hari ramdhan akan meninggalkan kita.Entah bertemu lagi entah tidak dengan ramadhan kan datang.harap2 ramadhan taun ini bkanlah ramadhan yg terakhir buat kita..Insyaallah.takdir allah yg menentukan segala2nya.kita sebagai manusia serta hambanya di atas muka bumiNya hanya mampu berdoa supaya dipanjangkan umur agar masih sempat bertemu dengan ramadhan yg akan datang..mudah2an ramadhan taun ni menjadi lebih brmakna bagi kita.Anggapalah ramadhan yg terakhir bagi kita.pasti kita dapat merasai kemanisan beribadah di bulan ramadhan..Kullu 'Am Wa Antum Bikhair,INSYAALLAH.....

Saturday 9 July 2011

AstaghfirullaH

Bismillah...Segala puji bagi Allah.Moga2 mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat INSYAALLAH.Kadang2 kita sebagai manusia selalu leka dan alpa dengan kesenangan hidup di dunia yang sekadar tempat persinggahan sementara sehingga mengabaikan akhirat,satu tempat yang menjadi tujuan bagi kita semua kerana ia adalah satu tempat yang kekal abadi.Oleh itu marilah kita merenung dan bermuhasabah diri seketika sementara msih diberi peluang oleh Allah untuk bernafas di atas bumiNya yang serba indah ini...ASTAGHFIRULLAH!

Sunday 3 July 2011

Salam

Bismillah...ari ni dmulai dngan hujan lebat pada waktu pagi.ntah la nk ke mna...bla la ujan nk brhnti,,?tp xpa la..hjan ny sbagai rahmat yang telah allah kurniakan kepada kita semua sebagai makhluknya di atas muka bumi yg serba luas ini.Kita patut memanjatkan setinggi kesyukuran kepada allah kerana telah memberi rezekinya kepada kita semua.TERIMA KASIH YA ALLAH!!!

Tuesday 28 June 2011

Sekadar Renungan

Pernah Rasulullah ditanya oleh para sahabat....Apakah ciri2 s'org manusia yg boleh dijadikan sbagai teman yg baik?Lalu baginda menjawab,Dia adalah temn yg bersama2 membantu kita ketika kita mengingati Allah & dia jugalah yg mmbri eringatan kepada kita ketika mana kita alpa & lalai dalam mengingati-Nya....

28 Jun 2011

Bismillah....Hari ini berlalu dngan bgitu gmbira skali krana dapat manjalankan amanah yang telah diberikan dengan baik sekali walaupun agak susah...Insyaallah!!!

Tuesday 17 May 2011

Alangkah Indahnya Hidup

Indahnya hidup bersama Al-Quran...Sinar panduan zaman-berzaman..Pusaka rasul penunjuk jalan...Makrifatullah rasul junjungan!!!

Saturday 7 May 2011

Salam Uhuwah Fillah

Alhamdlillah,syukur kepada Allah kerana dngn izinnya dpat ana membuat blog sndri...Semoga dngn khdiran blog ini dapat mengukuhkn lgi hbungn silaturrahim..insyaallah!!!