-->

Search This Blog

Wednesday 30 November 2011

HijrahKah Diri Ini????

اللهم صل وسلم على سيدنا محمد خاتم الأنبياء عليهم الصلاة والسلام.....الحمد لله

Segala puja dan puji kepada Allah,tuhan yang telah menciptakan kita semua untuk 1 tujuan yang suci iaitu hanya sanya, beribadah kepadaNya dengan sebenar2 ibadah...Insyaallah..Hari ni, tanggal 5 Muharram 1433, bermakna sudah 4 hari awal muharram meninggalkan kita semua...Justeru, apakah azam untuk "Ma'al Hijrah" kita tahun ni????Subhanallah!!!!

Apakah azam kita semua termasuk penulis yang lemah ini juga akan tercapai?


Nabi s.a.w. bersabda, "Orang yang sempurna Islamnya ialah orang yang kaum muslimin terselamat dari gangguan lisan dan tangannya dan orang yang berhijrah sebenarnya ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah". (HR Bukhari no 6484) 

Benar sabda nabi S.A.W, orang yang berhijrah sebenarnya adalah orang yang MENINGGALKAN APA YANG DILARANG OLEH ALLAH S.W.T>>>Jadi, apakah kita telah meninggalkan semua larangan Allah kepada kita....atau mungkin kita belum bersedia lagi untuk berhijrah??? Allah Allah Allah......

Semoga diri ini mampu berhijrah demi mengharapkan keredhoanMu ya Allah, tuhanku yang maha menerima taubat hamba2Nya yang berdosa...Sesungguhnya Allah telah berfirman : 

وَهُوَ الَّذِي يَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِ وَيَعْفُو عَنِ السَّيِّئَاتِ وَيَعْلَمُ مَا تَفْعَلُونَ



"Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan" (Asy-Syuraa 42:25)
10.35 a.m
Keheningan Pagi
Bait Tullab USIM
* T/F : Semoga Ma'al Hijrah kali ini membawa seribu makna buat diriKU,InsyaAllah


Tuesday 22 November 2011

Kenangan Bersama Teman

Bismillahirrahmanirrahim.......Alhamdulillah,malm ni sempat lagi celoteh kat blog ni...Cuma nak mencatit sikit kenangan bersama teman2 di Putrajaya atas sebab shooting video maker untuk iklan pelancongan bahasa Arab..Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar walaupun tak sesempurna apa yang telah dirancang...kita sedar bahawa segala kesempunaan hanyalah bagi Allah Rabbul 'Alamin....Subhanallah!!! Di bawah ni ada sikit gambar2 kenangan bersama kru2 merangkap teman2 sekelasKu......

Ha....gambar ni diambil di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai "Masjid Besi"....Ni adalah sebahagian daripada teman2..yang lain entah la pergi mana...xdapat dikesan..haha....:)

Ermmm,ni pula gambar penulis dengan teman sekelas dari Kelantan...Gambar ni diambil dkt Alamanda,Putrajaya....Cantik tak???haha

Hehe...yang ni pulak masa kitorang shooting kt Taman Botani..memang sngat sesuai la kalau nk shooting kt tmpat ni sbb macam2 benda menarik ada d sini tambah2 lg a various of flowers...So, bagi sesapa yg xpenah dtg tmpat ni....Please visit there! pasti x menyesal...hehe..

Itulah antara kenangan2 bersama teman2 tercinta...Sebenarnya ada bnyak lg gambar2 menarik tetapi dsebabkan xlarat nk upload bnyak2, jd setakat tu ja la...hehe...Semoga ukhwah fillah yang dibina kekal hingga akhir hayat, hingga ke syurga...Aminnnn!!!!

INSYAALLAH!!!!!



Wednesday 16 November 2011

Di keheningan malam, masa yang terbaik bagi hamba untuk bermuhasabah, memperingati diri sendiri tentang segala amalan yang telah dilakukan semenjak hidu di atas dunia yang fana ini. Apabila mengingatkan yang demikian itu, penulis mengucap panjang...mohon diampunkan Allah atas segala dosa yang telah terlanjur dilakukan di atas dunia ini...

أستغفر الله......... يا الله

Alhamdulillah, sedang dalam proses menyiapkan tugasan Fiq & Fatwa untuk presentation esok..Moga2 segalanya berjalan lancar..InsyaAllah..Bantulah hambaMu ini ya Allah!

رب يسر ولا تعسر رب تمم بالخير!!!ا


Syukur kepada tuhan sekalian alam.Hari ni sempat lagi la men'update' blog ni..Semalam xsempat nak update sebab terlalu letih kerana baru ja sampai Nilai, penat sangat dek kerana perjalanan yang memakan masa yang agak lama.Dan hari ni Alhamdulillah,masih diberi Allah kesempatan.Semoga kesempatan yang ada ni dapat memberi manfaat kepada diri penulis dan kepada semua.

Sekitar perjalanan balik ke Nilai,agak membosankan.Tetapi banyak jugak la dapat ilmu2 yang dipelajari dari alam yang serba indah ini.Bak kata org putih, 'Learn From Nature'...sure we will benefit a very useful.Insyaallah..Macam2 la yang telah penulis pelajari semasa dalam perjalanan balik ke Jami'ah, baik dari segi gaya hidup,cara pemakaian,komunikasi,serta ukhwah persahabatan.MasyaAllah...

Subhanallah,setibanya di hostel,dihujani dengan pelbagai assignment yang agak memberatkan fikiran.Tapi cepat2 penulis sedar,kita sebagai pelajar,penuntut, harus bertanggungjawab memikul amanah yang diberi Allah kepada kita.Mujur ada teman2 yang xkedekut ilmu dalam memberi tunjuk ajar tentang mana2 yang xtahu.Terima kasih teman2.Doaku sentiasa mengiringi kalian semua.Ini adalah salah satu daripada nikmat Allah kepada kita.Mungkin xsemua yang dapat nikmat ni.Alhamdulillah,syukur sekali lagi.Terima kasih Ya Allah.

Harap2 selepas seminggu bercuti ni, segalanya akan lebih menyeronokkan pada hari2 mendatang,InsyaAlah....

p/s : xtaw dh apa nak ditulis..:-)

Sunday 13 November 2011

محاسبة النفس


بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم.

     Alhamdulillah,msih kiranya diberi nikmat kesempatan فرصة yang amat bernilai serta bermakna untuk mencoret sedikit pengalaman hidup yg penuh berliku dan beranjau.Hari ni tanggal 13/11/2011,bersamaan 17 ذوالحجة 1432.Ini bermakna hari raya ‘IdulAdha baru sja meninggalkan kita.Entah sempat lg atau x untuk bertemu 10 Zulhijjah yang akan datang.Astaghfirullah,betapa singkatnya perjalanan hidup manusia diatas muka bumi Allah yang penuh dengan pelbagai متاع (perhiasan) dunia yg fana ini.Sesungguhnya ‘Iduladha telah banyak memberi pengalaman yang amat bermakna dalam hidupKu serta keinsafan yang memenuhi ruang hati yang gelap dengan maksiat yang semakin bertambah kepadaNya…

أستغفر الله وأتوب اليك يا الله.....

     Entah kenapa selalu ja rasa xtenteram sjak akhir2 ni..Hmmm,bila teringat exam yang semakin hampir membuatkan diri ‘kalut’ seketika…MasyaAllah!banyak lagi madah yang belum habis difahami sepenuhnya..macam mna la nk jawab exam kalau xfaham madah2 tersebut..Ya Allah,bantulah hambaMu yg lemah ni….Hati xtenteram,xtenteram,xtenteram…Ya,teringat kata-kata ulama’ warasatul anbiya’:

     " Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun (beribadat) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah (beribadat) di sepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh."(Ibrahim Al-Khawwas)

     InsyaAllah,akanKu ikut walaupun xsemuanya..Semoga hati ini terbuka untuk menerima segala ilmuMu ya Allah.Janganlah kiranya Kau pesongkan hati ini…Ameen!


قال الله تعالى :
ان الله لا يغير ما بقوم حتى يغيروا ما بأنفسهم....
(صدق الله العظيم)