-->

Search This Blog

Sunday 25 December 2011



اللهم صل وسلم وبارك على سيد المرسلين محمد النبي الكرام خاتم الأنبياء عليهم الصلاة والسلام....وبعد
ِAlhamdulillah, syukur yang tak terhingga kepada Allah SWT kerana masih memberikanKu peluang untuk kembali meng'update' blog ni...Terima kasih ya Allah.

Hari ni, 25/12/2011, baru ja sampai ke rumah dari Seremban. Perjalanan yang agak memenatkan. Tidur sepanjang perjalanan.hehe...mengantuk sangat2..asyik tidur lewat ja akhir2 ni..banyak sngat kerja yang kena buat.Tp Alhamdulillah, masih lagi mampu selesaikannya dengan sempurna walaupun di penghujung masa 'due date'>>>Hehe...

Semalam adalah kelas terakhir sebelum bermulanya STUDY WEEK...jadi, lepas ni xda dah kelas, kuliah atau tutorial...
"Ukhwah"????

Itulah yang sedang bermain dalam fikiran sekarang...macam mana la agaknya ukhwah kita lepas ni ya Sahabat2...
"Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah...."


7 Cara berSahabat Kerana Allah :


1.Memberitahu temannya bahawa dia kasih dan suka kepadanya
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Jika seseorang kasih kepada seseorang makan hendaklah dia memberitahu temannya'
(HR Abu Daud)

2.Apabila berpisah dengan seseorang maka hendaklah dia mendoakan sahabatnya tanpa pengetahuannya.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Setiap hamba muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dengan berkata engkau juga akan mendapat seumpamanya'
(HR Muslim)

3.Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa sahabatnya.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit pun , sekalipun   dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria'
(HR Muslim)

4.Segera bersalaman ketika bertemu dengan temannya.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Setiap dua orang Islam yang berjumpa dan bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah'
(HR Abu Daud)

5.Amalan ziarah-menziarahi.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Hendaklah kamu menziarahi sesekali nescaya akan menambas kasih sayang antara kamu'

6.Memberi Hadiah.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Hendaklah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan berkasih sayang'
(HR Thabrani)

7.Membantu sahabat-sahabatnya dalam kesusahan.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama 2 bulan'
(HR Hakim)
 Keheningan pagi
Baiti Jannati
Yan,Kedah.



No comments:

Post a Comment