-->

Search This Blog

Friday, 24 February 2012

Warisan Generasi Baru



Kita mencari PEMUDA yang jiwanya terangkum jitu dengan nawaitu yang sali, akidah yang tulen, iman yang autentik. Untuk menjunjung taklif agama, mendokong panji khilafah, memakmurkan bumi Allah dengan syiar-syiarNya. Biarlah kita yang menjadi pemuda yang sebegitu, tidak usah dicari yang lain. Biarkan kita yang menyahut seruan ini. Dengan itu bererti kita memilih untuk menjadi generasi yang UNGGUL

p/s : Setelah sekian lama tak update blog, dan hari ni, kembali semula semangat baru yang tersuntik...Alhamdulillah! Moga berterusan, InsyaAllah..~
*UhibbukumFillah92
~Kedinginan gerimis petang~
Bayt Tullab KK1,NILAI Malaysia,


Sunday, 25 December 2011



اللهم صل وسلم وبارك على سيد المرسلين محمد النبي الكرام خاتم الأنبياء عليهم الصلاة والسلام....وبعد
ِAlhamdulillah, syukur yang tak terhingga kepada Allah SWT kerana masih memberikanKu peluang untuk kembali meng'update' blog ni...Terima kasih ya Allah.

Hari ni, 25/12/2011, baru ja sampai ke rumah dari Seremban. Perjalanan yang agak memenatkan. Tidur sepanjang perjalanan.hehe...mengantuk sangat2..asyik tidur lewat ja akhir2 ni..banyak sngat kerja yang kena buat.Tp Alhamdulillah, masih lagi mampu selesaikannya dengan sempurna walaupun di penghujung masa 'due date'>>>Hehe...

Semalam adalah kelas terakhir sebelum bermulanya STUDY WEEK...jadi, lepas ni xda dah kelas, kuliah atau tutorial...
"Ukhwah"????

Itulah yang sedang bermain dalam fikiran sekarang...macam mana la agaknya ukhwah kita lepas ni ya Sahabat2...
"Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah...."


7 Cara berSahabat Kerana Allah :


1.Memberitahu temannya bahawa dia kasih dan suka kepadanya
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Jika seseorang kasih kepada seseorang makan hendaklah dia memberitahu temannya'
(HR Abu Daud)

2.Apabila berpisah dengan seseorang maka hendaklah dia mendoakan sahabatnya tanpa pengetahuannya.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Setiap hamba muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dengan berkata engkau juga akan mendapat seumpamanya'
(HR Muslim)

3.Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa sahabatnya.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit pun , sekalipun   dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria'
(HR Muslim)

4.Segera bersalaman ketika bertemu dengan temannya.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Setiap dua orang Islam yang berjumpa dan bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah'
(HR Abu Daud)

5.Amalan ziarah-menziarahi.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Hendaklah kamu menziarahi sesekali nescaya akan menambas kasih sayang antara kamu'

6.Memberi Hadiah.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Hendaklah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan berkasih sayang'
(HR Thabrani)

7.Membantu sahabat-sahabatnya dalam kesusahan.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
'Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama 2 bulan'
(HR Hakim)
 Keheningan pagi
Baiti Jannati
Yan,Kedah.



Saturday, 10 December 2011

Berfikir Sejenak!!!

Bismillahirrahmanirrahim...Segala pujian hanya bagi Allah...Moga2 diampunkan segala dosa2 yang telah lalu dan yang mendatang, sekiranya ada.

Lama jugak rasanya tidak memasukkan entri baru dalam blog ni..Maklum la sibuk sngat2 dengan kerja2 yang bertimbun..Subhanallah, ini rupanya apabila berada di alam Universiti..Banyak sangat kerja yang harus disiapkan.Tetapi walau sebanyak mana pun, diri ini harus berusaha menyelesaikan semuanya dengan ikhlas Lillahita'ala...INSYAALLAH!!!

Sebentar tadi, keluar dengan kawan ke TESCO, beli barang sikit.Apabila dalam perjalanan pulang, terpandang bulan yang sungguh Indah sekali.Subhanallah!!!Terus bertasbih memuji kebesaran serta keagungan ALLAH, tuhan sekalian alam.Indahnya Bulan apabila gerhan muncul...Tidak dapat untuk digambarkan dengan kata2..Hanya tuhan yang tahu betapa kagumnya diri ini dengan kebesaranNya..Allah2....

Dalam masa yang sama juga, terfikir dalam hati, apakah segala keindahan Alam ini masih tidak cukup bagi kita sebagai bukti keesaan dan kekuasaan Allah Ta'ala????Bukankah seharusnya kita merenung segala ciptaanNya, berfikir, bertadabbur, menghayati segala kesempurnaan serta keindahannya yang tidak dpat digambarkan dengan kata2...???Subhanallah....

Gelap sangatkah hati kita sehingga tidak mahu untuk menghayati segala keindahan ciptaanNya???Astaghfirullah...Ampunkan kami ya Allah...Hanya kepada engakulah kami memohon keampunan..sesungguhnya gerhana bulan malam ini adalah salah satu bukti kekuasaanMu yang tidak dapat disangkal...


Wednesday, 30 November 2011

HijrahKah Diri Ini????

اللهم صل وسلم على سيدنا محمد خاتم الأنبياء عليهم الصلاة والسلام.....الحمد لله

Segala puja dan puji kepada Allah,tuhan yang telah menciptakan kita semua untuk 1 tujuan yang suci iaitu hanya sanya, beribadah kepadaNya dengan sebenar2 ibadah...Insyaallah..Hari ni, tanggal 5 Muharram 1433, bermakna sudah 4 hari awal muharram meninggalkan kita semua...Justeru, apakah azam untuk "Ma'al Hijrah" kita tahun ni????Subhanallah!!!!

Apakah azam kita semua termasuk penulis yang lemah ini juga akan tercapai?


Nabi s.a.w. bersabda, "Orang yang sempurna Islamnya ialah orang yang kaum muslimin terselamat dari gangguan lisan dan tangannya dan orang yang berhijrah sebenarnya ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah". (HR Bukhari no 6484) 

Benar sabda nabi S.A.W, orang yang berhijrah sebenarnya adalah orang yang MENINGGALKAN APA YANG DILARANG OLEH ALLAH S.W.T>>>Jadi, apakah kita telah meninggalkan semua larangan Allah kepada kita....atau mungkin kita belum bersedia lagi untuk berhijrah??? Allah Allah Allah......

Semoga diri ini mampu berhijrah demi mengharapkan keredhoanMu ya Allah, tuhanku yang maha menerima taubat hamba2Nya yang berdosa...Sesungguhnya Allah telah berfirman : 

وَهُوَ الَّذِي يَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِ وَيَعْفُو عَنِ السَّيِّئَاتِ وَيَعْلَمُ مَا تَفْعَلُونَ



"Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan" (Asy-Syuraa 42:25)
10.35 a.m
Keheningan Pagi
Bait Tullab USIM
* T/F : Semoga Ma'al Hijrah kali ini membawa seribu makna buat diriKU,InsyaAllah


Tuesday, 22 November 2011

Kenangan Bersama Teman

Bismillahirrahmanirrahim.......Alhamdulillah,malm ni sempat lagi celoteh kat blog ni...Cuma nak mencatit sikit kenangan bersama teman2 di Putrajaya atas sebab shooting video maker untuk iklan pelancongan bahasa Arab..Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar walaupun tak sesempurna apa yang telah dirancang...kita sedar bahawa segala kesempunaan hanyalah bagi Allah Rabbul 'Alamin....Subhanallah!!! Di bawah ni ada sikit gambar2 kenangan bersama kru2 merangkap teman2 sekelasKu......

Ha....gambar ni diambil di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai "Masjid Besi"....Ni adalah sebahagian daripada teman2..yang lain entah la pergi mana...xdapat dikesan..haha....:)

Ermmm,ni pula gambar penulis dengan teman sekelas dari Kelantan...Gambar ni diambil dkt Alamanda,Putrajaya....Cantik tak???haha

Hehe...yang ni pulak masa kitorang shooting kt Taman Botani..memang sngat sesuai la kalau nk shooting kt tmpat ni sbb macam2 benda menarik ada d sini tambah2 lg a various of flowers...So, bagi sesapa yg xpenah dtg tmpat ni....Please visit there! pasti x menyesal...hehe..

Itulah antara kenangan2 bersama teman2 tercinta...Sebenarnya ada bnyak lg gambar2 menarik tetapi dsebabkan xlarat nk upload bnyak2, jd setakat tu ja la...hehe...Semoga ukhwah fillah yang dibina kekal hingga akhir hayat, hingga ke syurga...Aminnnn!!!!

INSYAALLAH!!!!!



Wednesday, 16 November 2011

Di keheningan malam, masa yang terbaik bagi hamba untuk bermuhasabah, memperingati diri sendiri tentang segala amalan yang telah dilakukan semenjak hidu di atas dunia yang fana ini. Apabila mengingatkan yang demikian itu, penulis mengucap panjang...mohon diampunkan Allah atas segala dosa yang telah terlanjur dilakukan di atas dunia ini...

أستغفر الله......... يا الله

Alhamdulillah, sedang dalam proses menyiapkan tugasan Fiq & Fatwa untuk presentation esok..Moga2 segalanya berjalan lancar..InsyaAllah..Bantulah hambaMu ini ya Allah!

رب يسر ولا تعسر رب تمم بالخير!!!ا


Syukur kepada tuhan sekalian alam.Hari ni sempat lagi la men'update' blog ni..Semalam xsempat nak update sebab terlalu letih kerana baru ja sampai Nilai, penat sangat dek kerana perjalanan yang memakan masa yang agak lama.Dan hari ni Alhamdulillah,masih diberi Allah kesempatan.Semoga kesempatan yang ada ni dapat memberi manfaat kepada diri penulis dan kepada semua.

Sekitar perjalanan balik ke Nilai,agak membosankan.Tetapi banyak jugak la dapat ilmu2 yang dipelajari dari alam yang serba indah ini.Bak kata org putih, 'Learn From Nature'...sure we will benefit a very useful.Insyaallah..Macam2 la yang telah penulis pelajari semasa dalam perjalanan balik ke Jami'ah, baik dari segi gaya hidup,cara pemakaian,komunikasi,serta ukhwah persahabatan.MasyaAllah...

Subhanallah,setibanya di hostel,dihujani dengan pelbagai assignment yang agak memberatkan fikiran.Tapi cepat2 penulis sedar,kita sebagai pelajar,penuntut, harus bertanggungjawab memikul amanah yang diberi Allah kepada kita.Mujur ada teman2 yang xkedekut ilmu dalam memberi tunjuk ajar tentang mana2 yang xtahu.Terima kasih teman2.Doaku sentiasa mengiringi kalian semua.Ini adalah salah satu daripada nikmat Allah kepada kita.Mungkin xsemua yang dapat nikmat ni.Alhamdulillah,syukur sekali lagi.Terima kasih Ya Allah.

Harap2 selepas seminggu bercuti ni, segalanya akan lebih menyeronokkan pada hari2 mendatang,InsyaAlah....

p/s : xtaw dh apa nak ditulis..:-)